Khamis, 3 Jun 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG PRASEKOLAH SK KUALA KURAU


Selamat datang ke Blog Prasekolah SK Kuala Kurau. Di dalam blog ini kami akan paparkan aktiviti yand dirancang dan yang telahpun dilaksanakan. Jika anda bernasib baik, kami akan paparkan foto-foto murid prasekolah menjalankan aktiviti-aktiviti. Bukan sekadar itu saja, kami juga akan mempertontonkan rakaman keletah anak-anak ini ketika menjalankan aktiviti.Buat masa ini biarlah foto dan rakaman tersebut kami peramkan dulu. jadi tunggu yek....Kita cerita dahulu asal usul prasekolah ini.Kelas Prasekolah diwujudkan bagi golongan yang berpendapatan rendah.Oleh kerana masyarakat disini kurang mendapat pendedahan awal asas pembelajaran,maka terwujudlah prasekolah ini.
Kelas pertama prasekolah SK Kuala Kurau ditubuhkan pada tahun 2003 dan guru pertama yang mengajar kelas ini ialah Puan Zaitoon Binti Ahmad dan dibantu oleh Puan Norizan Binti Hassan yang merupakan pengasuh prasekolah (sekarang dikenali dengan nama Pembantu Pengurusan Murid). Pada ketika itu kelas prasekolah mempunyai 25 orang murid sahaja.
Pada tahun berikutnya(2004) sebuah lagi kelas prasekolah telah dibuka atas sambutan memberansangkan dari ibubapa. Guru yang mengajar kelas pada ketika itu ialah Puan Normi Binti Hamzah dan pembantunya ialah Puan Faridah Binti Hassan.
Masa pun berlalu...tak lama kemudian prasekolah ketiga telah wujud di atas muka bumi SK Kuala Kurau ini.Kelas ini wujud pada tahun 2008 dan Guru pertama yang mengajar kelas ini ialah cik Aifaa Hani Binti Abd Razak(sekarang dah tukar status puan). Pembantunya pula pada ketika itu ialah Cik Norfadzlina. Kini semua staf Prasekolah talah berubah. Ketiga-tiga nama kelas telah berubah. Kelas pertama diubah kepada Kelas Ibnu Sina, diajar oleh Puan Ramlah Binti Hassan, dibantu oleh Puan Norizan Binti Hassan dan mempunyai 25 orang murid. Kelas kedua pula ialah Kelas Ibnu Khaldun, diajar oleh Puan Haslizawati Binti Ali, dibantu oleh Puan Azizun Nisha Binti Ahmad dan mempunyai 25 orang murid. Kelas ketiga pula ditukar kepada Kelas Al-Razi,diajar oleh Puan Irdawati Binti Mahamad, dibantu oleh Puan Khadijah Binti Sudin dan mempunyai 25 orang murid juga. keseluruhannya ialah Prasekolah mempunyai 3 orang guru kelas, 3 orang pembantu dan 75 orang murid. Ramai kan anak kami.Ramai kan tapi memang best sebab kami macam adik beradik dan murid-murid tu macam anak kami jer.
Itulah sediktt sebanyak tentang asal-usul prasekolah ini. oklah..nanti kita sambung lagi di episod akan datang..selamat melayari blog kami ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan